Ada
yang bertanya apakah zikir untuk menundukkan nafsu syahwat supaya dapat hidup
dengan lebih tenang dalam mentaati perintah Allah s.a.w. Tidak dapat dinafikan
dalam kehidupan ini, kita pasti berdepan dengan pelbagai cabaran. Selagi kita
ini hidup, cabaran dan ujian silih berganti. Di antara ujian getir ialah
runtutan syahwat yang tidak terkawal. Memang kita ketahui nafsu syahwat yang
tidak terkawal membawa akibat yang buruk kepada diri berkenaan. Kemungkinan
besar boleh terjerumus dosa besar jika iman lemah dan tidak mampu membentengi
diri dari godaan syaitan.
Saya
tidak berniat untuk menulis panjang dalam soal ini, perbincangan berkaitan
boleh dibincangkan pada ruang yang lain. di sini saya hanya ingin memenuhi
hasrat mereka yang bertanya tentang amalan zikir yang boleh diamalkan bagi
menundukkan nafsu syahwat. Semoga apa yang dikongsikan di sini mendatangkan
kebaikan untuk semua, insya Allah.
Amalkan
zikir Ya Qahhar:
Allah
al-Qahhar adalah Dia Yang Maha Mengalahkan seluruh makhluk dengan
keperkasaan-Nya. Dia-lah Yang Maha Menjinakkan sesiapa yang menentang-Nya
dengan menunjukkan bukti keesaan-Nya. Dia-lah Yang Mahan Menundukkan sesiapa
sahaja yang membantah-Nya dengan kekuasaan-Nya. Dia-lah Yang Maha Mematahkan
belakang mereka perkasa dari musuh-Nya dengan kematiaan dan kehinaan.
Cara
beramal:
- Bacalah 337 kali siang dan malam dengan menghayati
makna sehingga meresap ke dalam hati. Yakin bahawa Allah s.w.t. akan
memberi kekuataan kepada dirinya untuk menundukkan, mengalahkan, menguasai
dan mengendalikan hawa nafsunya.
- Bacalah doa berikut:
Ertinya:”Tuhanku,
Engkau telah menundukkan dan menjinakkan seluruh alam, yang tinggi mahupun yang
rendah, yang dekat mahupun yang jauh. Anugerahilah aku secercah rahsia asma’-
Mu al-Qahhar, agar nafsuku tunduk dan dapat kukendalikan dan agar berlutut di
hadapanku seluruh penjahat. Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku kemampuan
menguasai seluruh kewujudan diriku, agar aku dapat menghadapi iblis dan selamat
dari pujuk rayuan syahwat. Ya Allah, jadikalah aku selalu memandang
kegermerlapan cahaya nama-Mu al-Qahhar (Yang Maha Mengalahkan), sehingga aku
tidak terpedaya dengan semua yang agung dan perkasa di bumi ini, wahai Yang
Maha Agung, Yang Maha Menundukkan segala yang agung. Dan semoga selawat da
salam sentiasa dilimpahkan kepada Nabi kami, Rasul kami Muhammad s.a.w.
berserta keluarga dan sahabat beliau.”

0 comments:
Post a Comment